Platform-platform media sosial dan juga pemesejan yang ingin beroperasi di Malaysia perlu memohon lesen daripada kerajaan bermula 1 Ogos depan. Dalam kenyataan yang diberikan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengatakan langkah pelesenan diambil sebagai sebahagian daripada rangka kerja kawal selia untuk memastikan ekosistem atas talian yang lebih selamat.

Hanya platform-platform yang mempunyai sekurang-kurangnya 8 juta pengguna perlu mempunyai lesen operasi. Tempoh permohonan dibuka pada 1 Ogos dengan ia hanya akan dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2025 kelak. Kegagalan memohon lesen akan mengakibatkan tindakan undang-undang dikenakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia
Antar yang cuba dihalang menerusi pelesenan ini ialah penipuan atas talian, buli siber, scam dan jenayah seksual ke atas kanak-kanak. Minggu ini Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengatakan tidak semua platform media sosial di Malaysia mematuhi undang-undang negara. Instagram di tahap pematuhan tertinggi 88% diikuti oleh Facebook (85%), WhatsApp (79%), TikTok (76%), dan Telegram (65%). X/Twitter pula adalah di tahap pematuhan paling corot dengan hanya 25%.




