
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Semenjak beberapa tahun lalu, minuman berkonsepkan boba mula menempa nama dan membina reputasi yang sangat baik dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya golongan muda.
Boba yang diperbuat daripada tepung tapioka yang diproses menjadi bebola kecil bertekstur kenyal biasanya didatangkan dalam bentuk minuman. Ia mula meraih permintaan tinggi dalam kalangan penggemar minuman teh.
Kini, telah ada pelbagai jenama teh boba yang sudah bertapak di negara kita termasuklah PlayMade. Namun atas faktor keraguan, masyarakat Muslim tempatan lebih berhati-hati dalam memilih untuk membeli.
PlayMade Komited Terhadap Janji Mereka
PlayMade, jenama teh boba terkenal dari Taiwan, kini secara rasminya menerima pensijilan Halal JAKIM. PlayMade merupakan jenama pengeluar minuman teh boba yang terkenal dengan konsep dapur terbuka serta boba buatan tangan.
Dengan pengiktirafan sijil halal ini, sudah pasti ia dapat memberi keyakinan kepada lebih ramai pelanggan yang beragama Islam.
Sejak kedatangan PlayMade di Malaysia pada tahun 2023, ia telah memikat hati peminat teh boba yang mengutamakan bahan segar dan berkualiti tinggi dengan tekstur dan rasa boba yang unik. PlayMade kini mempunyai lebih 28 lokasi di seluruh dunia mengembangkan sayapnya dengan pantas dan kekal berdedikasi terhadap kualiti mereka.
Tiga daripada empat lokasinya di Malaysia sudah menerima pengesahan Halal, dengan yang keempat masih dalam proses pensijilan, meningkatkan komitmen jenama terhadap kebolehcapaian. Ketua Pegawai Boba PlayMade Malaysia, Michael Tan berkongsi bahawa pengiktirafan ini merupakan suatu perkara yang lebih daripada sekadar kejayaan buat mereka.
“Penerimaan sijil Halal adalah lebih daripada sekadar kejayaan, ia adalah janji kami terhadap rakyat Malaysia bahawa setiap ramuan dan proses penyediaan kami mematuhi piawaian integriti yang tertinggi. Sejak pelancaran kami di Malaysia, kami komited untuk menyampaikan bukan sahaja teh boba yang lazat tetapi juga pengalaman jenama yang dibina atas kepercayaan dan kualiti. Kini, setiap rakyat Malaysia boleh menikmati minuman buatan tangan kami dengan tanpa sebarang kebimbangan dan ketenangan fikiran.”
Ketua Pegawai Boba PlayMade Malaysia, Michael Tan
Promosi Bersempana Bulan Ramadan Dan Kejayaan Pengikitirafan Halal Jakim
Bagi meraikan kedatangan bulan Ramadan, PlayMade Malaysia menawarkan promosi Beli Satu Percuma Satu khusus kepada semua penggemar teh boba buatan tangan, dari jam 6:00 PM hingga 7:30 PM, setiap hari sepanjang bulan ini. Tawaran masa terhad ini dituju khas untuk memudahkan pelanggan PlayMade dalam membuat persiapan berbuka puasa.
Sempena kejayaan syarikat dalam mendapatkan status Halal, PlayMade Malaysia turut bekerjasama dengan Kelab Sukan Challo dalam menganjurkan sebuah acara pickleball yang menarik. Diadakan pada 22 Februari 2025 akan datang, di Pickle Park @ Flour, Fire & Stone, acara ini bertujuan untuk menggabungkan kegembiraan sesi pickleball mesra bersama rakyat Malaysia, dengan minat terhadap teh boba yang lazat.
Acara ini menjanjikan ruang yang meriah dan inklusif di mana peminat sukan dan teh boba boleh berkumpul untuk pengalaman yang menyeronokkan. Butiran ringkas mengenai acara pickleball ini adalah seperti yang berikut:
- Tarikh: 22hb Februari 2025 (Sabtu)
- Masa: 10 pagi hingga 1 petang
- Tempat: Pickle Park @ Flour, Fire & Stone, Jalan Professor Khoo Kay Kim, Pjs 13, 46100 Petaling Jaya, Selangor

