PlayStation 2025 Wrap-Up Kini Boleh Diakses

Gaming
22 Dec 2025 • 5:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

PlayStation 2025 Wrap-Up kini akhirnya boleh diakses oleh semua pengguna PlayStation. Seperti Wrap-Up tahun sebelum ini, versi tahun ini memberikan statistik masa permainan, jumlah trofi yang diterima, permainan paling popular, dan banyak lagi.

image is not available

Seperti ciri rangkuman pada aplikasi lain, Wrap-Up 2026 dipaparkan seperti Instagram Stories. Selain statistik permainan, jenis gamer juga boleh dilihat. Anda mungkin peminat permainan solo atau seorang yang suka bersosial di dalam permainan atas talian.

Untuk mengakses PlayStation 2025 Wrap-Up sila pergi ke pautan ini.