Sony kini hadir dengan promosi jualan Merdeka, sekaligus menawarkan diskaun sebanyak RM239 untuk pembelian konsol PlayStation 5.
Dibawah promosi ini, pengguna boleh mendapatkan PlayStation 5 (Edisi Blu-ray) pada harga RM2260 (berbanding harga biasa RM2499), ataupun konsol PlayStation 5 edisi digital pada harga RM1830 (berbanding harga biasa RM2069).

Sony menawarkan harga diskaun ini sehingga 1 September 2024 sahaja. Selain konsol, Sony turut menawarkan fon kepala PlayStation 5 PULSE 3D ditawarkan pada harga RM369 (berbanding harga biasa RM469).
Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkannya melalui laman Sony Store Malaysia, atau melalui beberapa penjual Sony seluruh negara.

