“Please Don’t Cry Ok?” – Pesanan Fatima Kepada Fazura Undang Perhatian Netizen

LocalFamily & Parenting
30 Jun 2025 • 10:44 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia fazura 2

Siapa je tak kenal dengan kecomelan anak kepada selebriti popular, Fazura dan Fattah Amin iaitu Nur Fatima Aisya.

Baru-baru ini, Fazura berkongsi satu momen mencuit hati di Thread tentang gelagat anaknya yang baru berusia 4 tahun setengah, tetapi gayanya dah macam remaja!

“Jangan nangis okay?”

image is not available

Dalam perkongsian itu, Fazura menceritakan bagaimana Fatima memberikan amaran manja sebelum keluar rumah ke rumah sepupunya.

Bye mommy I’ll miss you but please don’t cry ok? *flying kiss.

Yang paling lucu, apabila Fazura berseloroh bahawa dia sebenarnya nak layan movie yang tak habis-habis ditonton. Tapi Fatima pula dah siap buat drama macam nak pergi jauh sangat.

Netizen terhibur, panggil Fatima “cerdik dan comel”

image is not available

Perkongsian Fazura ini meraih ribuan reaksi dan ramai yang turut terhibur dengan keletah Fatima. Ada yang kata jawapan Fatima macam remaja, ada juga yang puji kecerdikan dan kebijaksanaannya mengusik hati ibunya.

Fatima saja nak menyakat la tu. Cerdik sangat la anak @missfazura ni kan.

Age 4, heart big. Nak enjoy pun takut mummy lonely.

Tak kurang juga yang memuji sifat penyayang Fatima yang walaupun nak keluar, tetap ingat nak jaga hati ibu tercinta.

Pssttt! Comel betul Fatima ni! Walaupun baru 4 tahun, cara dia berbicara dan ‘menenangkan’ ibunya memang luar biasa.

Kredit: Thread @missfazura
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.