Plot Twist! Kes Pempengaruh Hilang, Kereta Dijumpai Dalam Sungai Rupanya Hanya Rekaan?

LocalPolitics
19 Jul 2025 • 5:26 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia pempengaruh Lemas

Kehilangan pempengaruh permotoran, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin atau lebih dikenali sebagai Ija Motorsport, akhirnya terjawab dengan plot twist yang mengejutkan. Dia sebenarnya masih hidup dan telah melarikan diri ke luar negara?

Menurut laporan Harian Metro, lelaki berusia 38 tahun itu dilaporkan ‘hilang’ baru-baru ini, namun hasil siasatan pihak polis mendapati kejadian itu direka semata-mata, dengan bantuan adiknya sendiri, Tengku Abd Aziz.

Pempengaruh sengaja tenggelamkan kereta dan buat laporan palsu

image is not available

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, adik kepada pempengaruh berkenaan mengaku bersubahat dengan menenggelamkan kereta milik isterinya di Sungai Tui, Bukit Kepong.

Mereka kemudian berpura-pura menjalankan operasi mencari, sedangkan semuanya hanyalah lakonan untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

Dua beradik itu sudah diambil keterangan dan siasatan lanjut diteruskan selepas polis memperolehi kebenaran menyiasat (OTI) daripada Timbalan Pendakwa Raya.

Siasatan dibuka, polis tak akan kompromi

image is not available

Polis kini telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan (memberi maklumat palsu) dan Seksyen 109 (bersubahat melakukan kesalahan).

Kita juga mengesyaki ia sengaja direka-reka demi kepentingan peribadi.

Tegas Raiz Mukhliz lagi, membuat laporan palsu bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah menyusahkan pihak keselamatan serta boleh mengganggu ketenteraman awam.

Pssttt! Jangan sesekali mempermainkan pihak berkuasa dengan laporan palsu. Ia bukan saja menyalahi undang-undang, tapi membazirkan masa dan sumber keselamatan negara.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.