PLUS Bakal Uji Sistem MLFF Pada April Ini

LocalTechnology
12 Feb 2025 • 3:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

PLUS akan memulakan ujian rintis untuk sistem tol tanpa palang mereka tersendiri menjelang April.

Buat masa ini, sistem akhir yang akan diguna pakai masih tidak diketahui lagi.

Apa yang diketahui setakat ini, syarikat konsesi berkenaan turut bercadang membolehpautkan sistem mereka kelak dengan Jabatan Pengangkutan Jalan.

image is not available

Langkah itu sebenarnya bertujuan sekiranya seseorang pemandu mempunyai tol tertangguh yang tidak berbayar, mereka akan perlu menyelesaikannya terlebih dahulu sebelum dapat memperbaharui cukai jalan.

Untuk rekod, pihak Touch n Go eWallet sendiri telah memulakan usaha menguji sebuah ciri baharu, membolehkan pengguna melalui tol walaupun baki rendah – dan perlu menyelesaikan bayaran tertangguh berkenaan dalam tempoh 24 jam selepas itu, dengan had sehingga RM80 dalam sehari.

Kerajaan sebelum ini menyasarkan pelaksanaan laluan tol tanpa palang bermula 2025 ini. Namun, dengan pelbagai perkembangan terbaru ini, tidak diketahui sama ada kita akan melihat ia dilaksanakan secara rasmi pada tahun ini, atau akan ditangguhkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved