PLUS Berkongsi Cadangan Masa Terbaik Untuk Balik Kampung Sempena Deepavali

TechnologyDigital
7 Nov 2023 • 3:34 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

PLUS Berhad berkongsi cadangan masa terbaik untuk balik ke dan pulang dari kampung pengguna PLUS sempena perayaan Deepavali yang akan disambut hujung minggu ini. Bagi perjalanan keluar dari Lembah Klang di antara 10 hingga 11 November, pengguna disarankan keluar antara 8-11 pagi untuk perjalanan ke Utara.

Bagi yang ingin pulang ke Perak pula perjalanan disarankan dilakukan antara jam 4 petang hingga 7 petang. Untuk yang ingin ke Selatan pula perjalanan disarankan antara 10 pagi hingga 1 petang.

image is not available

Bagi perjalanan kembali ke Lembah Klang antara 12 -14 November pula, pengguna disarankan memulakannya perjalanan antara 10 pagi hingga 1 petang dari Perlis, Kedah, P Pinang, dan Perak. Sekiranya perjalanan dilakukan Negeri Sembilan, Melaka dan Johor pula perjalanan disarankan dilakukan antara jam 8-11 pagi. PLUS menjangka sehingga 2 juta kenderaan akan menggunakan Lebuh Raya PLUS sepanjang musim perayaan.