SHAH ALAM - Konsesi lebuh raya terbesar negara, PLUS Malaysia Bhd (PLUS) menyumbangkan 100 pek juadah berbuka untuk petugas media Sinar Harian pada Rabu.
Sumbangan berkenaan disampaikan pemangku Ketua Komunikasi Korporat PLUS, Mashitah Mohd Arshad kepada Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli di Karangkraf, di sini.
Hadir sama, Pengarang Berita Sinar Harian, Junhairi Alyasa, Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Badruldin Zakaria, Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Mohd Ridzuan Abu Hassan dan Pengurus Besar Jualan Iklan Sinar Harian, Airol Fadley Limin.
Sumbangan tersebut bukan sahaja membantu meringankan urusan berbuka puasa petugas media, sekali gus diharapkan memudahkan urusan dan mengembirakan mereka.
Setiap pek makanan disumbangkan lengkap dengan nasi, ayam berlado, telur dadar, sayur-sayuran, cucur udang, minuman dan buah epal.



