Plus Jangka Trafik Puncak Pada Jam 5-6 Petang Setiap Hari Bekerja Sepanjang Ramadan

TechnologyDigital
9 Mar 2024 • 12:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ramadan akan tiba tidak lama lagi dan akan berlaku perubahan waktu bekerja yang drastik selama sebulan. Pihak PLUS telah mengeluarkan jangkaan bahawa trafik akan berada pada tahap puncak antara jam 5-6 petang setiap hari bekerja sepanjang Ramadan.

image is not available

Ini adalah berdasarkan data serta pola pergerakan trafik pada bulan Ramadan yang lalu. Bagi membantu melancarkan lagi pergerakan orang ramai untuk pulang berbuka puasa, PLUS akan mengambil beberapa langkah di bawah untuk memastikan pergerakan perjalanan yang lebih lancar pada waktu puncak bulan Ramadan.

  1. Semua lorong masuk dan keluar di plaza tol beroperasi sepenuhnya.
  2. Menyediakan alat bantuan mudah alih pembaca pembayaran tol dan alat bantuan sokongan di plaza tol.
  3. Semua kerja penyelenggaraan yang dijalankan di plaza tol ditamatkan sebelum jam 4:30 petang bagi mengelakkan sebarang gangguan kelancaran.
  4. Menambah jumlah kakitangan barisan hadapan di plaza tol.
  5. Menugaskan pasukan bantuan teknikal di plaza tol dalam keadaan bersiap sedia.

Selain itu, PLUS juga akan memastikan semua kemudahan awam di kawasan rehat dan rawat
(R&R) beroperasi sepenuhnya untuk menampung keperluan yang tinggi semasa waktu
puncak untuk berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan ini.