PM ada sebab tersendiri lantik Nurul Izzah

Politics
30 Jan 2023 • 6:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Fadillah (kiri) melihat produk keluaran LKTN di Kubang Kerian, Kota Bharu.

image is not available
Anwar berkata, pelantikan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri dibuat berdasarkan kelayakannya.

KOTA BHARU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diyakini mempunyai sebab tersendiri melantik Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan beliau.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, bagaimanapun beliau perlu mendapatkan maklum balas daripada Anwar sendiri perihal pelantikan tersebut sebelum mengulas perkara itu.

“Buat masa ini saya beranggapan, itu adalah bidang kuasa atau kuasa yang ada pada Perdana Menteri untuk melantik siapa-siapa sahaja yang beliau rasakan sesuai.

“Beliau mungkin ada asas tersendiri terhadap pelantikan itu,” katanya ketika ditemui selepas lawatan ke Ibu Pejabat Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) di sini pada Isnin.

Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi mengulas akan berbincang dengan Anwar untuk memahami asas pelantikan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh tersebut.

**media[2074972]**

Sebelum ini, Nurul Izzah mengesahkan pelantikannya itu dan memulakan perkhidmatan berkuat kuasa pada 3 Januari lalu.

Anwar memberitahu Nurul Izzah dilantik berdasarkan kelayakan kerana anaknya itu mempunyai ijazah pertama dalam bidang kejuruteraan dan ijazah kedua dalam dasar awam dan sosial dari Universiti Johns Hopkins, Amerika Syarikat selain bertujuan membantu beliau di Jabatan Perdana Menteri (JPM) serta Kementerian Kewangan (MOF).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved