PM, Ahmad Zahid adakan pertemuan dengan 191 Umno bahagian hari ini

Politics
4 Oct 2022 • 4:19 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan dengan wakil 191 bahagian Umno di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini hari ini.

Setiausaha Agung Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pertemuan tersebut melibatkan lebih 700 perwakilan yang hadir merangkumi Ketua Bahagian, Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri dari setiap bahagian parti itu.

“Perdana Menteri akan memberi ucapan kemudian ucapan oleh Presiden, itu sahaja sebenarnya,“ katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Ditanya sama ada perkara yang akan dibincangkan termasuk berkenaan Pilihan Raya Umum ke-15 , Ahli Parlimen Pontian itu berkata: “Hanya perkara-perkara yang baik sahaja,“.

Beliau berkata sidang media akan diadakan selepas pertemuan itu selesai.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved