PM ajak rakyat hadir Majlis Sahih Al-Bukhari esok

LocalPolitics
21 Jul 2023 • 4:35 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri Majlis Hadis Sahih Al-Bukhari Peringkat Kebangsaan di Masjid Putra, Putrajaya esok.

Menerusi perkongsian di Twitternya, Anwar berkata majlis itu juga akan dihadiri Mufti Besar India Al-Allamah Sheikh Abu Bakar Ahmad dan Penasihat Agama Presiden Mesir Sheikh Dr Usamah Sayyid Al-Azhari.

“Esok saya akan menghadiri Majlis Perasmian dan Peluncuran Majlis Hadis Sahih Al-Bukhari Peringkat Kebangsaan di Masjid Putra, Putrajaya.

“Saya ingin menjemput warga Malaysia yang berkelapangan untuk hadir majlis ilmu ini. Semoga majlis ini akan memupuk semangat cintakan ilmu dan menyuburkan budaya, mengukuhkan tradisi ilmu Islam di Malaysia,” kata Anwar.

Majlis ilmu itu akan bermula 6 petang hingga 9 malam. -Bernama