PM akan jawab isu DNAA di Parlimen esok - Azalina

Politics
18 Sep 2023 • 11:38 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar - Foto Awani

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjawab segala persoalan mengenai keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, di Parlimen, pada Selasa.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said di Dewan Rakyat pada Isnin.

Azalina berkata, sesi itu berkemungkinan akan mengambil tempat pada jam 2.30 petang.

"(Ahli Parlimen) Kota Bharu bertanyakan sama ada Perdana Menteri akan menjawab sebab tuan badan ada di sini, buat bagi tangan 'good' itu dia (Anwar) akan jawab esok Insya-ALLAH jam 2.30 hingga 3 petang.

"Jadi soalan-soalan itu boleh tanya kepada Perdana Menteri, tetapi komitmen daripada kita akan menentukan bahawa kita perlu berlaku adil," katanya ketika PM Anwar memasuki Dewan Rakyat. - Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved