PM Akan Umum Peruntukkan Pelebaran Jalan Pelabuhan Klang

LocalPolitics
30 Sep 2024 • 12:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Ada berita baik buat warga Klang!

Ini kerana Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju memperuntukkan dana untuk menaik taraf dan menyelenggara jalan raya sepanjang Pelabuhan Klang.

Lagipun, perkara itu akan menjadi keutamaan dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Oktober ini.

Bagaimanapun, beliau mengakui walaupun mengambil sedikit masa namun beliau bersetuju mengarahkan kerajaan meneliti untuk meluluskan peruntukan bagi membaiki jalan sedia ada di kawasan pelabuhan.

image is not availableimage is not available

“Kerajaan akan memberi sokongan kepada pembangunan infrastruktur tersebut di kawasan sekitar bagi memastikan Pelabuhan Klang khususnya Pelabuhan Barat (Wesport) terus menjadi pelabuhan utama dengan menduduki lima tangga tertinggi dunia.

“Memandangkan tahap kemalangan tinggi, maka kos pembinaan juga sangat tinggi. Sebab itu, segera dalam perancangan saya akan berbincang dengan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook kerana ada dalam keupayaan kita untuk menyegerakan pelebaran jalan,” katanya.

Beliau berkata dalam ucapan perasmian Majlis Pecah Tanah Pembinaan Wesport 2, baru-baru ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved