PM Akui Keresahan Kenaikan Harga Barang, Sedia Beri Bantuan Tambahan Kepada Rakyat

29 Sep 2023 • 12:56 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui terdapat keresahan yang berlaku dalam kalangan rakyat berpunca daripada kenaikan harga barang yang secara tidak langsung memberi impak kepada perbelanjaan harian.

Menurut laporan Sinar Harian, Kementerian Kewangan (MOF) akan sentiasa bersedia memberikan bantuan tambahan kepada rakyat bagi menampung dan mengimbangi kenaikan harga barang di pasaran.

image is not available

“Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup (Naccol) dipengerusikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga berjalan. Memang ada masalah. Saya akui masalah harga barang dan keperluan.

“Ada beberapa negara sudah ada keresahan sosial yang besar kerana sekatan beras dan peningkatan cukai eksport, bawang uampamanya. Itu semua beri kesan ekonomi dan kita cuba tangani.

“MOF sedia tampung, beri bantuan akan diteruskan,” katanya.

image is not available

Difahamkan, penjelasan tersebut dimaklumkan ketika ditemui media selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-60 Lembaga Tabung Haji (TH) di Menara TH di ibu negara pada Jumaat.

Sumber: Sinar Harian