PM Anwar akui wajar kembalikan hukuman rotan di sekolah, tapi dengan syarat ketat

LocalPolitics
23 Oct 2025 • 12:13 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan beliau secara peribadi bersetuju bahawa hukuman rotan di sekolah wajar dikembalikan, namun ia perlu dilaksanakan dengan syarat ketat untuk menangani isu disiplin pelajar.

image is not available

PM Anwar faham kontroversi hukuman rotan

Memetik laporan daripada Harian Metro, beliau menyatakan hukuman itu harus ditugaskan kepada guru tertentu, dijalankan di bilik khas atau bilik disiplin, serta had jumlah rotan dikenakan supaya tidak menjejaskan murid.

“Saya pernah menjadi guru dan saya ingat puluhan anak-anak (murid) saya dah rotan… tapi di tangan.
“Tapi ada juga pandangan umpamanya daripada kumpulan hak asasi yang berasakan ini termasuk dalam kategori penderaan anak-anak.
“Jadi saya faham kontroversi itu,” katanya ketika menjawab soalan tambahan RSN Rayer (PH–Jelutong) di Dewan Rakyat hari ini.

image is not available

Beliau suarakan pandangan peribadi

Anwar menegaskan hukuman rotan bukan dasar kerajaan, tetapi sekadar pandangan peribadi beliau.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati ibu bapa agar tidak terlalu bimbang kerana kenakalan anak-anak adalah perkara biasa, namun apabila pelajar melanggar peraturan dengan serius, hukuman sewajarnya perlu dikenakan.

“Saya percaya (perkara ini) harus dipertimbangkan, diperhalusi dan dilakukan libat urus dengan semua pihak yang akan dikendalikan oleh Menteri Pendidikan (Fadhlina Sidek) sebelum kita muktamadkan.
“Saya hanya beri pandangan peribadi kerana saya fikir bukanlah dia (hukuman rotan) masuk kategori penderaan,” katanya.

image is not available

Artikel lain: Hukuman rotan di sekolah tak pernah dimansuhkan, mesti dilakukan secara tertutup – Asyraf Wajdi

Pandangan Anwar menekankan bahawa sebarang pelaksanaan hukuman rotan mesti dikawal rapi, dipertimbangkan dengan teliti, dan melibatkan perbincangan semua pihak berkepentingan bagi memastikan ia mendidik tanpa menjejaskan kesejahteraan murid.

Sumber: Harian Metro (Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid)