PM Anwar arah KKM percepat isi 4,000 jawatan doktor, enggan birokrasi jadi penghalang

LocalPolitics
25 Jul 2025 • 4:58 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya mempercepatkan proses pengambilan lebih 4,000 jawatan doktor kerajaan yang masih belum diisi, termasuk pegawai perubatan lantikan kontrak.

Percepat isi 4,000 jawatan doktor dalam KKM

Perkara itu disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikannya hari ini, menurut Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil dalam sidang media dibuat selepas mesyuarat terbabit

“Perdana Menteri membangkitkan isu pengisian 4,000 perjawatan doktor yang belum lagi diisi dan ini disampaikan hari ini kepada anggota Jemaah Menteri khususnya Menteri Kesihatan.

“Perdana Menteri meminta supaya proses birokrasi yang mungkin dilihat sebagai melewatkan ini dipercepat,” katanya.

image is not available

Percepat isi 4,000 jawatan doktor menjelang November nanti

Fahmi menjelaskan, KKM pada awalnya merancang pengisian jawatan-jawatan tersebut selesai menjelang November ini.

Namun, Perdana Menteri berpandangan tempoh itu terlalu lambat dan perlu disegerakan demi memenuhi keperluan mendesak dalam sektor kesihatan.

“Jika ikutkan Perdana Menteri, kalau boleh semalam dah siap tetapi ada sedikit proses, cuma Perdana Menteri minta memandangkan ada keperluan yang mendesak untuk mengisi 4,000 kekosongan, bukan satu jumlah yang kecil, maka perlu dipercepat.”

image is not available

Menteri Kesihatan beri jaminan proses pengambilan dipermudah

Dalam masa sama, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad turut memberi jaminan bahawa proses pengambilan akan dipermudahkan, namun tetap mengikut prosedur sedia ada.

image is not available

Pengisian segera jawatan ini penting untuk mengurangkan beban kerja kakitangan sedia ada serta memastikan rakyat menerima rawatan yang lebih cekap dan menyeluruh di fasiliti kesihatan awam seluruh negara.

Sumber: Facebook Fahmi Fadzil