PM Anwar arah KSU, ketua jabatan beri perhatian serius isu prapelaksanaan projek

LocalPolitics
13 Nov 2025 • 9:48 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

Perdana Menteri mahu isu prapelaksanaan projek seperti status tanah, hakisan ditangani serius bagi elak pembaziran peruntukan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Ketua Setiausaha dan ketua-ketua jabatan perlu memberi perhatian serius terhadap isu prapelaksanaan projek seperti status tanah mendap atau wakaf, proses pengambilan tanah, hakisan serta jajaran laluan air.

Beliau berkata kekangan sedemikian tidak boleh berulang kerana ia membawa kepada pembaziran peruntukan dan menjejaskan manfaat pembangunan yang sepatutnya dinikmati rakyat.

“Seyogia, semua pihak terlibat perlu mengutamakan penggunaan sumber, produk dan peralatan tempatan bagi mengoptimumkan perbelanjaan pembangunan, hatta penjimatan hasil langkah ini wajar disalurkan semula untuk meningkatkan kemudahan asas dan infrastruktur utama rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Anwar mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Pembangunan Negara Bilangan 2 Tahun 2025 yang menumpukan perbincangan kepada hala tuju dan penyelarasan projek pembangunan yang melangkaui Rancangan Malaysia Ke-11.

“Ini termasuk garis panduan berkaitan perlindungan dan pengalihan utiliti serta kajian awalan ke arah pengoptimuman pembangunan projek,” katanya. – Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved