PM Anwar beri jaminan rasionalisasi subsidi tidak akan bebankan rakyat

LocalPolitics
19 Sep 2023 • 6:46 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

PM Anwar beri jaminan rasionalisasi subsidi tidak akan bebankan rakyat

zulfadli

19/09/2023 - 18:46

KUALA LUMPUR 19 Sept - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan sebarang langkah rasionalisasi subsidi tidak akan membebankan rakyat.

Jelas Anwar, tindakan penyesuaian itu akan mengambil kira golongan berpendapatan menengah dan rendah.

"Saya bagi jaminan apa pun rasionalisasi subsidi dilakukan kita tidak membebankan golongan berpendapatan menengah dan rendah.

"Ini kerana sebarang penyesuaian membebankan mereka tentu akan menambah beban yang ditanggung golongan miskin," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika bercakap dalam menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat hari ini, lapor Astro Awani.

Sebelum ini, kerajaan menjelaskan pengurusan subsidi termasuk pengenalan skim subsidi bersasar akan ditambah baik di bawah Ekonomi MADANI. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved