PM Anwar bertemu pelabur terkemuka antarabangsa bagi teroka peluang pelaburan strategik

Business & Finance
16 Aug 2023 • 9:23 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

PM Anwar bertemu pelabur terkemuka antarabangsa bagi teroka peluang pelaburan strategik

zulfadli

16/08/2023 - 09:23

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dengan beberapa pelabur terkemuka di Putrajaya bagi meneroka peluang pelaburan strategik merentas sektor ekonomi utama.

Anwar berkata, ia adalah sebagai ikhtiar untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi dan mendukung visi yang terkandung dalam Ekonomi MADANI.

"Kebijakan Ekonomi MADANI adalah sebuah kerangka wahana yang jelas dan komprehensif bagi memungkinkan sebuah tatanan ekonomi negara yang mampan dan terangkum sebagai usaha dan upaya kerajaan dalam meningkatkan tahap kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.

"Visi ini menekankan peri penting penyertaan sektor swasta dan pelabur untuk memacu pertumbuhan ekonomi, menggalak daya inovasi dan juga mewujudkan peluang pekerjaan yang berkualiti serta berdampak tinggi," katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, perjumpaan itu disertai beberapa pelabur yang berpengaruh di peringkat antarabangsa dan terkenal dengan sumbangan mereka kepada pembangunan ekonomi serta syarikat yang berjaya.

Antaranya pengasas bersama laman Facebook, Eduardo Saverin dan Ketua Pegawai Eksekutif Bersama B Capital, Raj Ganguly; Pengasas WM Partners, Alejandro Weinstein serta Pengasas European Venture Funds, Peter Kadas.

"Kehadiran mereka bukan sahaja mempamerkan keyakinan terhadap Kerajaan Perpaduan dan prospek ekonomi negara, malah ia membuktikan Malaysia mempunyai daya tarikan sebagai destinasi pelaburan antarabangsa," katanya.

image is not available

Beliau berkata, perjumpaan yang pertama seumpama ini membuka peluang untuk berkongsi pandangan serta meneroka kerjasama untuk mencapai matlamat ekonomi negara.

"Perbincangan turut menyentuh soal peluang bagi meneroka pelaburan dalam sektor utama seperti teknologi dan inovasi, tenaga yang boleh diperbaharui, pembangunan infrastruktur, pelancongan serta hospitaliti, dan pembuatan," katanya.

image is not available

Perdana Menteri berkata, sesi ini turut berkisar mengenai usaha memupuk persekitaran bagi menggalakkan pelaburan langsung asing, memperkemas peraturan dan proses serta meningkatkan tatakelola selain memastikan kemampanan jangka panjang.

Selain itu, ia turut menekankan kepentingan tanggungjawab sosial dan pertumbuhan inklusif dengan komitmen untuk mengutamakan inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat tempatan serta menyumbang kepada agenda pembangunan mampan.

image is not available

image is not available

image is not available

Katanya, usaha berterusan kerajaan adalah untuk menyediakan persekitaran mesra pelabur yang memupuk inovasi, melindungi harta intelek serta menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan swasta.

"Saya turut membuka ruang untuk para pelabur mengenal pasti peluang pelaburan yang sejajar dengan matlamat strategik di samping memenuhi keperluan masyarakat.

image is not available

image is not available

"Ini merupakan asas untuk potensi kerjasama dan pelaburan yang akan memberikan manfaat ekonomi yang besar untuk Malaysia dan rakyatnya," katanya. - DagangNews.com