PM Anwar bertemu Presiden FIFA, bincang usaha perkukuh bola sepak Malaysia & ASEAN

LocalFootball
25 Oct 2025 • 5:34 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino menerusi sela-sela kunjungan rasmi pimpinan antarabangsa di Putrajaya, hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar memaklumkan perbincangan tersebut tertumpu kepada usaha memperkukuh ekosistem bola sepak di Malaysia dan rantau ASEAN.

image is not available

Kredit Foto: Fath Rizal | Pejabat Perdana Menteri

PM Anwar bertemu Presiden FIFA

Ini termasuklah melalui projek FIFA Arena yang bakal menjadi pemangkin kepada lahirnya lebih ramai bakat tempatan serta peningkatan prasarana sukan negara.

“Kami turut menyentuh mengenai Perjanjian Pembangunan Bola Sepak ASEAN-FIFA yang merupakan satu langkah strategik membuka lembaran baharu ke arah menjadikan rantau ini sebagai kuasa bola sepak yang disegani di peringkat global,” katanya.
image is not available

Kredit Foto: Fath Rizal | Pejabat Perdana Menteri

Beliau berkata, Malaysia akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan bola sepak melalui peningkatan kemudahan, latihan berstruktur serta kerjasama strategik bersama FIFA.

image is not available

Kredit Foto: Fath Rizal | Pejabat Perdana Menteri

Menurutnya, langkah itu penting bagi melahirkan generasi baharu pemain berbakat, memperkukuh ekosistem sukan profesional dan mengangkat nama Malaysia sebagai hab pembangunan bola sepak serantau.

Sumber: FB Anwar Ibrahim