PM Anwar Buka Jalan, Susu Farm Fresh Kini Jadi Pilihan Rakyat Kemboja

LocalBusiness & Finance
23 Sep 2025 • 11:18 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Produk tenusu tempatan, Farm Fresh kini rasmi menembusi pasaran Kemboja selepas negara itu berdepan kekurangan bekalan susu segar ekoran pergeseran perdagangan dengan Thailand baru-baru ini.

Susu Farm Fresh pilihan rakyat kemboja

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Farm Fresh, Azmi Zainal berkata, langkah itu tercetus hasil inisiatif Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN yang mencadangkan penghantaran segera bekalan susu segar dari Malaysia ke Kemboja.

image is not available

Foto: Bernama

“Alhamdulillah, kini susu pasteurise Farm Fresh, Aus Fresh dan yogurt menjadi pilihan rakyat Kemboja. Setibanya di pasaran, dalam tempoh seminggu sahaja bekalan habis terjual.

“Malah kafe dan hotel di Kemboja juga sudah mula meminta kami membekalkan produk,” katanya dalam satu perkongsian di laman Facebook, pada Isnin.

image is not available

Foto: FB Azmi Zainal

image is not available

Foto: FB Azmi Zainal

image is not available

Foto: FB Azmi Zainal

Beliau menjelaskan, AEON merupakan rangkaian pasar raya pertama yang mengeluarkan pesanan rasmi (PO) terhadap produk Farm Fresh ke Kemboja atas dasar keyakinan dan hubungan perniagaan yang telah lama terjalin.

image is not available

Foto: FB Azmi Zainal

Susu Farm Fresh makin ‘mendonia’

Dengan perkembangan itu, Kemboja menjadi negara ASEAN keempat selepas Singapura, Brunei dan Filipina yang menerima eksport produk tenusu Farm Fresh.

image is not available

Foto: FB Azmi Zainal

Dalam pada itu, Azmi turut menzahirkan penghargaan kepada Anwar serta Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) atas sokongan dalam merealisasikan projek berkenaan.

“Dulu pesaing kami kata mustahil Malaysia boleh jadi pengeksport produk tenusu kerana faktor cuaca yang tidak sesuai, tetapi bagi kami ia bukan soal cuaca, sebaliknya siapa yang berusaha. Alhamdulillah kami berjaya melakukannya,” ujarnya lagi.

Sumber: Facebook Azmi Zainal