PM Anwar : Dasar Pendidikan Digital Bakal Diluncurkan Tidak Lama Lagi

TechnologyDigital
11 Sep 2023 • 11:45 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini telah melakukan pembentangan melibatkan Rancangan Malaysia Kedua Belas di Parlimen, sekaligus turut berkongsi pelbagai inisiatif yang akan dilaksanakan dalam terus memacu negara ke hadapan.

Salah satu inisiatif yang diumumkan adalah Dasar Pendidikan Digital. Ia bakal dilancarkan tidak lama lagi.

image is not available

Berkongsi berkenaan dengannya, DPD dilaksanakan dalam usaha untuk melahirkan murid fasih digital yang berdaya saing menerusi peningkatan pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Antara inisiatif utama DPD adalah pelaksanaan program latihan kompetensi digital pendidikan, penambah-baikkan kurikulum, program pendidikan dan mewujudkan pasukan jauhari pendidikan digital.

Langkah ini juga dijangka akan memastikan kefasihan digital dalam kalangan guru, murid dan pemimpin sekolah. Selain itu, ia turut akan mengurangkan jurang digital di antara sekolah – tidak kira lokasi.

Kita mungkin akan mendengar lanjut berkenaan pelaksanaan Dasar Pendidikan Digital ini dalam masa terdekat ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved