PM Anwar guna pesawat sewa khas ke Afrika bagi jimatkan kos, masa – Tunku Nashrul

LocalPolitics
18 Nov 2025 • 9:42 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Lawatan rasmi dan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke tiga negara di Afrika bermula esok hingga 24 November akan menggunakan pesawat sewaan khas Malaysia Airlines.

Menurut laporan Kosmo! Online, Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah memaklumkan bahawa penerbangan itu turut disertai delegasi rasmi kerajaan serta rombongan perniagaan.

Pesawat sewa khas ke Afrika

image is not available

Antara yang mengikuti lawatan tersebut ialah wakil daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah Nasional), DRB-Hicom Bhd dan Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Katanya, kos penerbangan dan penginapan bagi delegasi kerajaan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, manakala wakil sektor perniagaan akan menanggung kos mereka sendiri.

“Kos penerbangan dan penginapan bagi delegasi rasmi kerajaan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, manakala delegasi perniagaan akan menanggung sendiri kos mereka.
“Khidmat pesawat sewaan khas digunakan kerana ia lebih ekonomik berbanding operasi penuh pesawat kerajaan selain menjimatkan masa susulan jadual padat di tiga negara itu tanpa transit panjang.
“Selain itu, langkah itu juga membolehkan delegasi kerajaan dan perniagaan berlepas dapat tiba bersama-sama serta menjamin kehadiran tepat waktu untuk semua mesyuarat dan sesi libat urus,” katanya.

Artikel lain: Baharu dilantik! PM Anwar yakin kepakaran Datuk Bandar KL majukan ibu negara

Pesawat sewa khas ke Afrika

image is not available

Dalam pada itu, Tunku Nashrul menjelaskan bahawa delegasi perniagaan yang menyertai lawatan ke tiga negara itu dipilih oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dengan persetujuan Perdana Menteri.

Sumber: Kosmo!Online (Mohd Husni Mohd Noor)