PM Anwar harap buku terbaharu jadi sumber inspirasi rakyat – “Renung secara mendalam..”

LocalPolitics
10 Oct 2025 • 1:07 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim harap buku terbaharunya berjudul Rethinking Ourselves: Justice, Reform, and Ignorance in Postnormal Times dapat menjadi sumber inspirasi kepada rakyat untuk berfikir secara lebih mendalam tentang keadilan, kemanusiaan dan perubahan bermakna dalam membina masa depan negara.

Menerusi satu perkongsian di media sosial, Anwar memaklumkan beliau sempat meluangkan masa menandatangani beberapa naskhah buku tersebut yang bakal dilancarkan secara rasmi dalam masa terdekat.

PM Anwar harap

image is not available

“Luang waktu seketika menandatangani buku terbaru saya, ‘Rethinking Ourselves: Justice, Reform, and Ignorance in Postnormal Times’ yang akan diluncurkan secara rasmi kelak.

“Semoga karya ini menjadi inspirasi untuk kita merenung secara mendalam tentang dunia yang kita diami, serta perubahan bermakna yang perlu kita zahirkan demi membina masa depan yang lebih adil, manusiawi dan beretika,” katanya.

Buku itu dilihat sebagai kesinambungan kepada usaha beliau mengangkat nilai intelektual, reformasi dan keinsafan moral dalam kalangan masyarakat, selaras dengan gagasan Malaysia MADANI yang berteraskan prinsip keadilan, etika dan kemanusiaan.

PM Anwar harap

image is not available

Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek kagum terhadap disiplin dan komitmen tinggi Anwar yang tetap meluangkan masa menulis serta menyunting bukunya sendiri walaupun sibuk mengurus tadbir negara.

Beliau yang juga merupakan Ketua Wanita PKR menyifatkan usaha itu sebagai lambang disiplin intelektual dan keilmuan luar biasa yang menjadikan penulisan Anwar penuh ketajaman fikiran dan ketelitian bahasa.

Sumber: Facebook @Anwar Ibrahim