PM Anwar Ibrahim Tunaikan Solat Jumaat Di Kuching, Ini Laluan Trafik Masjid Jamek

19 Jan 2023 • 3:58 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

PM Anwar Ibrahim berkesempatan untuk menunaikan solat Jumaat bersama warga Sarawak

PM Anwar Ibrahim Tunaikan Solat Jumaat Di Kuching, Ini Laluan Trafik Masjid Jamek. Hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri empat majlis yang akan berlangsung dari hari Khamis hingga Jumaat. Ini juga merupakan lawatan rasmi pertamanya ke Sarawak.

Turut dilaporkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dijadual menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Negeri Sarawak pada 20 Januari 2023 ini, iaitu pada esok hari.

image is not available
PM Anwar Ibrahim Tunaikan Solat Jumaat Di Kuching, Ini Laluan Trafik Masjid Jamek

Anda juga berpeluang untuk berjumpa bersemuka bersama dengan PM kita

Kedatangan Anwar Ibrahim ke Masjid Jamek turut dihadiri beberapa Dif-dif kehormat dan Orang Kenamaan terdiri daripada Menteri-menteri dan Pegawai-pegawai Tinggi Kerajaan di Peringkat Persekutuan dan Negeri akan turut sama hadir.

Berikut adalah laluan trafik untuk hari Jumaat ini yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan. Lihat gambar di bawah:

image is not available
Sumber: Facebook

Harap orang ramai dapat mengikut arahan trafik di kawasan tersebut

Sehubungan dengan itu, Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) menjangkakan jumlah jemaah yang ramai pada hari tersebut. Bagi jemaah yang hadir dinasihatkan untuk mengikut arahan daripada anggota keselamatan seperti PDRM dan Polis Bantuan LAKMNS yang bertanggungjawab dalam menjaga kawalan trafik pada hari berkenaan.

Selamat Datang ke Bumi Kenyalang Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim!

image is not available

Ketahui juga jadual penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim, boleh klik pautan bawah: