PM Anwar Ibrahim Umum Rombakan Kabinet Jam 11 Pagi Ini

Politics
12 Dec 2023 • 10:39 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan rombakan kabinet bakal berlaku pada 11 pagi ini dan melibatkan pertambahan bilangan Jemaah Menteri.

Apabila ditanya sama ada ia akan menjadi Kabinet terbesar, Anwar berkata ia akan menjadi lebih kecil daripada Kabinet sebelum ini.

Difahamkan, Anwar turut memberi bayangan bahawa beliau akan memindahkan sebahagian tanggungjawabnya ketika ini.

Saya akan memindahkan sebahagian daripada tugas dan tanggungjawab.

image is not available

Kabinet Kerajaan Perpaduan yang dibentuk pada Disember 2022 terdiri daripada 28 menteri dan 27 timbalan menteri termasuk Perdana Menteri dan dua Timbalan Perdana Menteri.

Perdana Menteri bagaimanapun tidak mengesahkan jika mana-mana menterinya sekarang akan digugurkan.

Sebelum ini, MCA pernah menggesa Datuk Sri Anwar Ibrahim untuk melepaskan jawatannya sebagai Menteri Kewangan.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.