PM Anwar kenang keteguhan prinsip, kecintaan A. Samad Said terhadap bahasa dan sastera

LocalPolitics
25 Nov 2026 • 7:21 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: PM Anwar kenang keteguhan prinsip, kecintaan A. Samad Said terhadap bahasa dan sastera

Prime Minister Anwar Ibrahim pays tribute to late National Laureate A. Samad Said, recalling his unwavering principles and deep love for the Malay language and literature

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan sentiasa mengenang keteguhan Sasterawan Negara Allahyarham Datuk Seri A Samad Said yang memegang prinsip dan kecintaannya yang begitu mendalam pada bahasa dan sastera.

Menerusi hantaran di platform X hari ini, Anwar berkata Allahyarham telah memberi pengajaran bahawa kekuatan bahasa dan sastera berupaya membina bangsa yang berani dan bermaruah.

“Semangat itu akan terus mengiringi langkah kita dalam perjuangan ini. Berehatlah dengan tenang, Pak Samad. Al-Fatihah,” kata beliau.

Perdana Menteri turut mengimbau kenangan beliau teringatkan suara Allahyarham mendeklamasikan puisi “Di Atas Padang Sejarah” di Stadium Merdeka di sini ketika Himpunan Kebangkitan Rakyat, kira-kira 13 tahun lepas.

“Di hadapan puluhan ribu rakyat yang berhimpun, bait-bait puisinya membakar semangat kita untuk terus bangkit dan berani bersuara menentang kezaliman.

“Tatkala suara rakyat cuba dibungkam dan jentera pemerintahan digunakan untuk menekan mereka yang berani bersuara, Pak Samad memilih untuk melawan dengan puisi,” kata Anwar.

A. Samad menghembuskan nafas terakhir pada 6.10 petang semalam selepas menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat sakit tua selain turut menghidap diabetes.

Allahyarham yang dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka merupakan penerima Anugerah Sastera Negara keempat pada 1985 dan terkenal dengan karya agung seperti novel Salina, Sungai Mengalir Lesu serta Hujan Pagi.

Semalam, Perdana Menteri hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini pada 10.55 pagi tadi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved