PM Anwar lancar Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai 2023

Politics
26 Jul 2023 • 9:17 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

PM Anwar lancar Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai 2023

zulfadli

26/07/2023 - 09:17

KUALA LUMPUR 26 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melancarkan program 'Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat' bermula pukul 9 pagi di ibu pejabat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Bukit Kiara di sini.

Anwar menerusi hantaran di Facebooknya berkata, program tersebut merupakan pengemudian dan pengarahan baharu ekonomi untuk menjamin masa depan negara.

"Esok saya akan meluncurkan "Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat" yang merupakan pengemudian dan pengarahan baharu ekonomi untuk menjamin masa depan negara. Nantikan, insya-Allah," katanya. - DagangNews.com