PM Anwar mahu urusan rakyat dipermudah, perkhidmatan kerajaan terus ditambah baik

LocalPolitics
13 Oct 2026 • 11:01 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keperluan semua pihak berkaitan untuk terus meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan bagi memudahkan urusan rakyat, selain memperkukuh ekosistem pelaburan negara.Image from: PM Anwar mahu urusan rakyat dipermudah, perkhidmatan kerajaan terus ditambah baik

Menurut beliau, usaha penambahbaikan itu penting bagi memastikan urusan pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, sekali gus memberi manfaat kepada rakyat dan sektor pelaburan.

Perkara tersebut dibangkitkan ketika beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) ke-51 yang membincangkan pelbagai aspek berkaitan hala tuju pembangunan fizikal negara.

“Sewaktu mempengerusikan Majlis Perancang Fizikal Negara ke-51, mesyuarat meneliti pelbagai perkara berkaitan pembangunan fizikal negara, termasuk perancangan guna tanah dan Rancangan Struktur Negeri, selaras dengan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).
“Semua pihak terkait perlu terus menambah baik penyampaian perkhidmatan bagi memperkukuh ekosistem pelaburan serta memudahkan urusan rakyat,” katanya menerusi satu kenyataan.

Image from: PM Anwar mahu urusan rakyat dipermudah, perkhidmatan kerajaan terus ditambah baik

Dalam pada itu, Anwar turut menekankan kepentingan penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bagi memastikan setiap perancangan pembangunan mengambil kira keperluan serta kepentingan rakyat.

Beliau berpandangan kerjasama antara kedua-dua pihak merupakan antara elemen penting dalam memastikan pembangunan fizikal negara dapat dilaksanakan secara terancang dan seimbang.

“Kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri penting bagi memastikan pembangunan negara dirancang secara inklusif, mampan dan menyeluruh, demi manfaat rakyat,” tambahnya lagi.

Penekanan terhadap perancangan guna tanah dan Rancangan Struktur Negeri itu turut mencerminkan kepentingan penyelarasan dasar pembangunan bagi memastikan penggunaan tanah serta pembangunan kawasan dilaksanakan mengikut kerangka perundangan sedia ada.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved