PM Anwar Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia

LocalPolitics
24 Jul 2025 • 9:34 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

PM Anwar Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam memberi jaminan bahawa rakyat biasa tidak akan terkesan dengan pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 yang sedang dirancang kerajaan.

Sebagai langkah melindungi kepentingan majoriti pengguna, beliau mengumumkan bahawa harga petrol RON95 akan diturunkan kepada RM1.99 seliter, berbanding harga pasaran semasa RM2.50 seliter.

Menurut Anwar, perincian penuh mengenai mekanisme penyasaran subsidi itu akan diumumkan selewat-lewatnya pada akhir September 2025.

Langkah ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 18 juta rakyat Malaysia, termasuk pemandu kereta, penunggang motosikal, golongan belia seawal usia 16 tahun dan pekerja gig di seluruh negara.

Dalam ucapannya, Anwar turut memohon maaf kerana pelaksanaan janji ini mengambil masa, berikutan keadaan ekonomi negara yang mencabar.

“Pagi tadi saya umumkan harga RON95 akan diturunkan kepada RM1.99 seliter akhir September ini khusus untuk rakyat Malaysia, berbanding RM2.50 harga pasaran. Inisiatif hasil penyasaran subsidi ini akan memanfaatkan lebih 18 juta rakyat termasuk belia, penunggang motosikal dan pengusaha gig.

“Saya mohon maaf kerana janji ini mengambil masa untuk dilaksanakan. Ketika amanah ini dipikul, negara dibebani hutang tinggi dan ekonomi yang suram. Tapi saya tidak pernah berhenti berikhtiar menarik pelaburan, menjana peluang dan merintis jalan keluar.

“Alhamdulillah, hari ini kita mulai tuai hasilnya. Insya-Allah, saya dan seluruh jentera Kerajaan MADANI akan terus berjuang memulihkan ekonomi untuk menjamin keselesaan dan mengangkat darjat setiap rakyat Malaysia,” katanya.

https://www.facebook.com/watch/?v=1037236531529659&rdid=8K8eU9TSv2sM5eLh