PM Anwar peneraju RMK-13, MP Pasir Gudang tanya wajarkah desak beliau letak jawatan?

LocalPolitics
31 Jul 2025 • 5:34 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mempersoalkan kewajaran desakan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim letak jawatan, sedangkan beliau merupakan individu yang menerajui dan diharapkan untuk merealisasikan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Wajarkah desak beliau letak jawatan lepas dengar RMK13?

Memetik hantaran yang dikongsi Hassan di media sosial, RMK13 yang dibentangkan di Parlimen hari ini adalah satu dasar ekonomi yang lengkap dan penting untuk masa depan negara serta kesejahteraan rakyat.

“Pada 26 Julai 2025 yang lalu satu perhimpunan besar rakyat telah menunjuk perasaan di Kuala Lumpur untuk menuntut Perdana Menteri Anwar Ibrahim turun.
Lima hari kemudian di Parlimen, Anwar Ibrahim bangun di Dewan Rakyat membentangkan satu dasar ekonomi yang lengkap untuk negara Malaysia dan rakyatnya, iaitu dasar ekonomi lima tahun akan datang.
“Setelah mendengar Anwar Ibrahim membentangkan RMK-13 itu di Parlimen, adakah wajar lagi untuk rakyat menuntut Anwar Ibrahim letak jawatan sedangkan dialah orang yang diharapkan untuk menerajui dan melaksanakan cita-cita yang terkandung dalam RMK-13 tersebut?” soal beliau.

image is not available

beliau umum pelbagai pelan bermanfaat, tak wajar desak beliau letak jawatan

Jelas beliau lagi, RMK13 bukan sekadar perancangan, tetapi isyarat jelas kerajaan Madani dalam memperbaiki ekonomi negara, dan ia turut memberi keyakinan kepada komuniti antarabangsa.

“Dengan membentangkan secara rasmi dan terbuka di Parlimen RMK-13 bermakna PM Anwar Ibrahim mahu memberitahu rakyat Malaysia dan dunia termasuklah World Bank, IMF dan institusi global bahawa Malaysia ada rancangan yang jelas untuk menuju tahun 2030.
Misalnya Malaysia ada sasaran ekonomi Makro. Ada dasar meningkatkan darjat hidup rakyat dengan menangani kos sara hidup,” katanya lagi.

image is not available

RMK13 ibarat menifesto tak rasmi kerajaan

Hassan turut menyifatkan RMK13 ini sebagai manifesto tidak rasmi kerajaan yang dibentangkan secara terbuka dan demokratik di Parlimen.

“Jadi dokumen lengkap Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini yang disampaikan intisari dan intipatinya secara lisan di Parlimen oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim bolehlah dianggap semacam manifesto pilihan raya parti-parti politik yang bergabung di dalam Kerajaan Madani yang mentadbir Kerajaan Persekutuan di Putrajaya,” ujarnya.

image is not available

kredit foto: PMO

Artikel lain: RMK-13: PM Anwar umum 1 juta unit rumah mampu milik menanti rakyat!

Beliau berpandangan bahawa dalam situasi sekarang, kerajaan wajar diberi ruang untuk melaksanakan RMK13 dan membuktikan kesungguhan terhadap agenda reformasi serta kebajikan rakyat.

Sumber: Facebook Hassan Abdul Karim