PM Anwar puas hati pelaksanaan Sidang ASEAN, ucap terima kasih kepada semua

LocalPolitics
29 May 2025 • 9:34 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa puas hati terhadap kejayaan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 yang berlangsung baru-baru ini di Malaysia.

PM Anwar puas hati, bangga dengan penganjuran

Dalam satu rakaman video, Anwar turut menzahirkan ucapan terima kasih dan rasa puas hati kepada seluruh jentera kerajaan, sektor swasta termasuk hotel, peniaga dan rakyat yang memainkan peranan menjayakan persidangan berkenaan.

“Tentunya ada kesukaran sedikit bagi rakyat daripada segi perjalanan, sekolah dan sebagainya, tapi saya hanya nak luahkan isi hati tentang kebanggaan saya,” katanya.

PM Anwar puas hati, akui penganjuran sidang bukan sesuatu yang mudah

Menurut beliau, penganjuran sidang berprestij ini bukan satu tugas mudah kerana melibatkan kehadiran pemimpin dari 10 negara ASEAN serta penyertaan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang menyaksikan kehadiran Emir, Raja, Perdana Menteri dan Putera Mahkota.

“Mereka namun lihat persiapan yang begitu baik dan ini yang mereka ceritakan kepada saya termasuk China. Semuanya kagum dengan disiplin, kebersihan, protokol, kenderaan walaupun kenderaan kita itu relatif kecil kerana kita guna EV,” katanya.

image is not available

Kredit foto: PMO

Puji semua pihak yang terlibat

Beliau turut memuji kerja keras ribuan petugas kerajaan, pihak keselamatan serta kakitangan hotel yang menurutnya memberikan layanan bertaraf antarabangsa kepada tetamu negara.

image is not available

Kredit foto: PMO

Ucap terima kasih buat semua

Anwar juga teruja dengan persembahan budaya yang dipersembahkan, yang disifatkannya mengagumkan kerana berjaya memikat para tetamu selama satu jam 40 minit tanpa rasa bosan.

“Alhamdulillah, kita bangga kerana kekuatan dan semangat yang ditunjukkan. Terima kasih,” ujar Anwar.

image is not available

Kredit foto: PMO

Difahamkan, Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 telah berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 26 dan 27 Mei 2025.

Malaysia, selaku Pengerusi ASEAN tahun ini, menjadi tuan rumah bagi persidangan penting ini yang menghimpunkan pemimpin dari 10 negara anggota ASEAN serta rakan dialog seperti Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan China.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim