PM Anwar Respon! Ramai Terhibur, Cikgu-Cikgu Tayang Wajah Garang Ucap Selamat Hari Guru

LocalLifestyle
16 May 2026 • 2:31 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Perkongsian guru sekolah dikenali sebagai Kak Rozy di TikTok telah mendapat perhatian ramai apabila berkongsi video ucapan Hari Guru yang unik melibatkan rakan-rakan sejawat.

Semua muka ketat betul!

Menerusi video tersebut, barisan guru wanita dilihat berdiri di koridor bangunan sekolah sambil memegang alat tulis dan kertas peperiksaan dengan wajah garang.

Di akhir video tersebut mereka telah mengucapkan Selamat Hari Guru bersempena dengan sambutan hari istimewaan berkenaan setiap 16 Mei saban tahun.

PMX pun takut-takut nak kasi ucapan tau!

Hantaran berkenaan telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet apabila rata-rata terhibur dengan reaksi wajah mereka yang terlihat garang dan ucapan Selamat Hari Guru yang cukup ringkas.

Lebih menjadi perhatian sudah tentu komen daripada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang mengucapkan selamat Hari Guru kepada mereka.

Image from: PM Anwar Respon! Ramai Terhibur, Cikgu-Cikgu Tayang Wajah Garang Ucap Selamat Hari Guru

Nampak tak mereka bagi hint hadiah apa yang sesuai diberi

Image from: PM Anwar Respon! Ramai Terhibur, Cikgu-Cikgu Tayang Wajah Garang Ucap Selamat Hari Guru

Terima kasih jadi pendidik & tak jemu mengajar kami

Image from: PM Anwar Respon! Ramai Terhibur, Cikgu-Cikgu Tayang Wajah Garang Ucap Selamat Hari Guru

Cikgu-cikgu semua sporting

Image from: PM Anwar Respon! Ramai Terhibur, Cikgu-Cikgu Tayang Wajah Garang Ucap Selamat Hari Guru

 

Selamat Hari Guru buat semua guru yang sudah mencurahkan ilmu dan mengajar kita tentang kehidupan sewaktu di sekolah.

Jasa dan bakti anda sangat dihargai.

Sumber: TikTok kakrozy_

The post PM Anwar Respon! Ramai Terhibur, Cikgu-Cikgu Tayang Wajah Garang Ucap Selamat Hari Guru appeared first on Borak Daily.

View Original Article