PM Anwar sembah maklum kepada Agong Belanjawan 2023

23 Feb 2023 • 10:20 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 23 FEB: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung pembentangan Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat, esok.

Menerusi catatan di Facebook, Anwar berkata perkara itu disembah maklum ketika beliau menghadap Al-Sultan Abdullah bagi urusan mesyuarat pra-Kabinet di Istana Negara, hari ini.

Esok, Anwar yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat.

Ia merupakan belanjawan pertama dibentangkan di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar.

Perdana Menteri pada 20 Dis lepas membentangkan peruntukan khas (Bajet Mini) di bawah Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang berkuat kuasa 1 Jan lepas bagi tujuan perbelanjaan perkhidmatan membabitkan wang sejumlah RM107,718,676,650.

Sebelum ini, Bajet 2023 yang disediakan kerajaan pimpinan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak sempat dibahas dan diluluskan, sebelum terbubarnya Parlimen pada 10 Okt tahun lepas bagi memberi laluan untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved