PM Anwar sempat jumpa Pemimpin Korea Utara, bersalaman & bertegur sapa

LocalPolitics
3 Sep 2025 • 9:13 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan bertemu dengan Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un yang turut hadir menyaksikan perarakan di Dataran Tian’anmen di China.

PMX bertemu Pemimpin Korea Utara

Menerusi hantaran beliau, pertemuan tersebut berlangsung secara tidak sengaja dan masing-masing sempat bersalaman dan bertegur sapa.

“Secara kebetulan ketemu ketua pemerintah Korea Utara, Kim Jong Un yang turut hadir menyaksikan perarakan di Dataran Tian’anmen,” tulisnya.

image is not available

Bersalam dan bertegur sapa dengan pemimpin Korea Utara

Momen mahal tersebut pastinya menjadi perhatian ramai memandangkan pemerintah negara tersebut antara pemimpin dunia yang dihormati.

image is not available

Difahamkan, seramai 26 pemimpin dan kerajaan asing telah menghadiri Perarakan Hari Kemenangan China di Dataran Tiananmen termasuk Presiden Rusia Vladimir Putin dan Pemimpin Korea Utara berkenaan.

Kehadiran mereka adalah bagi memperingati 80 tahun tamatnya Perang Dunia Kedua.

image is not available

Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail juga turut serta menghadiri perarakan tersebut yang mana termasuk dalam rangka lawatan kerja beliau ke China selamat empat hari.

Sumber: Instagram anwaribrahim_my