PM Anwar seru jadikan Rasulullah teladan dalam hadapi cabaran bina bangsa & negara

LocalPolitics
5 Sep 2025 • 12:40 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam di Malaysia untuk jadikan Rasulullah teladan dalam menghadapi cabaran membina bangsa dan negara.

image is not available

Jadikan Rasulullah S.A.W teladan

Menerusi hantaran di Facebook, beliau menyatakan, kepimpinan Rasulullah di Madinah telah menjadi asas kepada kemadanian yang menekankan martabat insan, prinsip keadilan, kedaulatan hukum, ilmu, akhlak serta nilai kemanusiaan berlandaskan agama.

“Masyarakat madani dalam erti umat yang berjaya dibentuk oleh Nabi SAW di Madinah itu adalah khayra ummah, iaitu masyarakat atau umat unggul.
“Umat ini dicirikan dengan keimanan, nilai-nilai khayr (kebaikan), memberi manfaat kepada kemanusiaan sejagat, serta beriltizam terhadap tanggungjawab pendaulatan nilai-nilai ma’ruf dan pembasmian gejala-gejala mungkar,” katanya Menerusi hantaran di Facebook sempena Maulidur Rasul 1447H/2025M ,” ujarnya.

image is not available

 

image is not available

Tambahnya lagi, dengan penghayatan mendalam terhadap ajaran serta warisan Nabi SAW, ia mampu memandu umat Islam untuk terus bekerja lebih keras, berdisiplin dan optimis dalam mengharungi masa depan.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim