PM Anwar singgah makan tengah hari di Sri Rampai, sapa pengunjung

LocalPolitics
16 Jan 2026 • 3:40 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

Perdana Menteri Anwar Ibrahim singgah makan tengah hari di restoran Sri Rampai, beramah mesra dan bergambar dengan orang ramai sebelum ke solat Jumaat.

KUALA LUMPUR: Suasana di Restoran Salai-Salai, Sri Rampai bertukar meriang dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk makan tengah hari.

Beliau singgah di restoran itu sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju.

Anwar meluangkan masa bertegur sapa dan bersalaman dengan pelanggan yang hadir.

Kehadirannya jelas menggembirakan orang ramai yang teruja dapat bertemu pemimpin negara dalam suasana santai.

Ramai pengunjung tidak melepaskan peluang untuk merakam gambar kenangan bersama Perdana Menteri.

Anwar turut menceriakan pemain cilik pasukan bola sepak TFFC dengan bergambar bersama mereka.

Beliau juga menandatangani jersi pasukan berkenaan.

Selepas menjamu selera, Anwar bertolak ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. – Bernama