PM Anwar tegaskan kerajaan berjaya henti budaya pemimpin ‘rompak’ harta rakyat

LocalPolitics
13 Sep 2025 • 8:13 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan pimpinannya telah berjaya henti budaya pemimpin menggunakan kuasa untuk merompak harta rakyat, sekali gus mengukuhkan asas tadbir urus negara.

image is not available

Henti budaya pemimpin rompak harta rakyat

Memetik laporan daripada Bernama, beliau menyatakan memang ada kes lama namun apa yang paling penting ketika ini semua mengikut proses.

“Kalau orang tanya saya, selama hampir tiga tahun ini, budaya orang pegang kuasa untuk curi harta rakyat, kita dah hentikan.

“Ya, memang ada kes lama, tetapi yang penting (kini) semua ikut proses,” katanya ketika menyampaikan amanat pada Program Rapat Umum 27 Tahun Reformasi Peringkat Negeri Johor, hari ini.

image is not available

Henti budaya pemimpin ambil harta rakyat

Anwar turut menegaskan bahawa tidak ada sesiapa pun yang berhak mengaut kekayaan rakyat secara salah, sama ada daripada kalangan individu berpengaruh mahupun ahli keluarga mereka.

image is not available

Katanya, perubahan ini membuktikan pentadbiran kerajaan kini lebih berintegriti walaupun berdepan dengan pelbagai kecaman dan persepsi negatif.

Sumber: Bernama