PM Anwar tegaskan tiada keperluan rombak kabinet, kekosongan dipangku menteri lain

LocalPolitics
1 Jun 2025 • 2:22 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Datuk Seri Anwar Ibrahim tegaskan tiada keperluan rombak kabinet ketika ini meskipun dua jawatan menteri akan dikosongkan susulan peletakan jawatan Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad.

image is not available

Tiada rombak kabinet, pentadbiran kerajaan berjalan seperti biasa

Menerusi laporan daripada Bernama, Perdana Menteri menyatakan pentadbiran kerajaan akan terus berjalan seperti biasa dan tugas kedua-dua menteri itu akan dipangku oleh menteri lain buat sementara waktu.

“Tiada keperluan mendesak untuk rombakan sekarang. Dua menteri letak jawatan dan beri masa mereka untuk melakukan apa yang perlu dan menghabiskan cuti. Saya luluskan permohonan cutinya.
“Sekarang urusan kerajaan berjalan seperti biasa dan mesyuarat Kabinet akan dimaklumkan mengenai menteri yang akan pangku (tugas),” katanya.

image is not available

Belum ada perancangan rombak kabinet lepas 2 menteri letak jawatan

Rafizi sebelum ini mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri dengan tarikh kuat kuasa bermula 17 Jun 2025. Beliau akan bercuti terlebih dahulu mulai 28 Mei hingga 16 Jun 2025.

image is not available

Manakala Nik Nazmi pula memaklumkan beliau akan meninggalkan jawatan secara rasmi pada 4 Julai 2025, dengan cuti bermula 29 Mei hingga 3 Julai 2025.

Langkah kedua-dua pemimpin itu meletakkan jawatan dibuat selepas kekalahan mereka dalam pemilihan kepimpinan tertinggi PKR, masing-masing bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden.

Sumber: Bernama