PM Anwar tegaskan tindakan Shamsul Iskandar ‘berundur’ bukti kerajaan MADANI berintegriti

LocalPolitics
27 Nov 2025 • 7:38 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusan Setiausaha Politik Kanannya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin melepaskan jawatan susulan dakwaan rasuah adalah gambaran jelas bahawa Kerajaan MADANI mengutamakan integriti tanpa kompromi.

Langkah Shamsul Iskandar tanda perubahan besar

Memetik laporan daripada Bernama, Anwar menyatakan langkah Shamsul Iskandar itu menandakan perubahan besar dalam budaya politik negara.

“Beliau terus meletak jawatan dan meminta siasatan dijalankan oleh SPRM. Mana ada dulu macam itu? Ini ada tuduhan terus berhenti dan panggil SPRM siasat. Barulah kita ada integriti,” ujarnya.

image is not available

Tindakan Shamsul bukti kerajaan berintegriti

Anwar turut menyindir amalan pentadbiran terdahulu melibatkan pemimpin tertinggi.

“Dulu, kalau Perdana Menteri disiasat, menantu lari ke luar negara. Nak cakap soal integriti, integriti apa itu?” katanya ketika sesi townhall pada program PMX Sayang Sabah Bersama Anak Muda Inanam, hari ini.

image is not available

Beliau menambah, setiap petugas di bawahnya diingatkan supaya bertanggungjawab sekiranya terlibat dalam salah laku.

“Saya pesan kepada staf saya, jika didapati bersalah, kamu perlu menanggung padahnya, siasatan menyeluruh, bawa ke mahkamah, baru betul kita jaga negara ini,” katanya.

image is not available

Artikel lain: Shamsul Iskandar buat laporan polis, dakwa Albert Tei ada niat jahat ke PM Anwar

Anwar turut menekankan bahawa perjalanan Malaysia sebagai sebuah negara berjaya perlu bermula dengan tatakelola yang baik.

Pada Selasa, Shamsul Iskandar mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri berikutan percubaan untuk menyerangnya dengan perkara yang boleh menjejaskan imej Kerajaan MADANI.

Sumber: Bernama