PM Anwar tegur Setiausaha Politik, isu beri surat sokongan kepada kontraktor hospital

LocalPolitics
18 Nov 2025 • 10:47 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan beliau sudah menegur keras setiausaha politiknya berhubung isu surat sokongan kepada kontraktor bagi sebuah projek hospital tahun lalu.

image is not available

Tindakan setiausaha politik sudah ditegur

Memetik laporan daripada Sinar Harian, Anwar menyatakan tindakan mengeluarkan surat sokongan jelas bertentangan dengan prinsip dan peraturan kerajaan sewaktu menjawab soalan ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat.

“(Berkenaan) sokongan setiausaha politik saya, saya telah memberi teguran yang keras kerana peraturan tidak membolehkan kita lakukan (surat sokongan).”
“Kalau ada surat daripada saya, maksimum (arahan) ‘sila teliti’. Itu standard, tetapi tidak boleh membuat satu sokongan.” ujarnya.

image is not available

MP PAS persoal tindakan setiausaha politik

Isu itu dibangkitkan oleh Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang mempersoalkan tindakan Setiausaha Politik Perdana Menteri kerana dikatakan mengeluarkan surat sokongan pada 2024 dengan menyenaraikan enam kontraktor kepada Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau mendakwa hanya dua daripada senarai itu mempunyai kelayakan, manakala selebihnya tidak mempunyai rekod CIDB serta pernah dikenakan tindakan tatatertib.

“Yang lain tidak ada rekod CIDB (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia), dikenakan tindakan tatatertib dan rakyat tidak melihat tindakan daripada Yang Amat Berhormat (Perdana Menteri).” katanya.

image is not available

Artikel lain: PRN Sabah: Saya larang! Tiada aset kerajaan digunakan semasa kempen – PM Anwar

Walau bagaimanapun, projek hospital yang didakwa terlibat tidak dinyatakan secara spesifik.

Sumber: Sinar Harian (Diana Azis)