PM Anwar Tekankan Koordinasi Mantap Bagi Perkukuh Pembangunan Usahawan Bumiputera

LocalBusiness & Finance
14 Aug 2025 • 8:33 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

image is not available

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keperluan koordinasi yang lebih mantap antara pelaksana inisiatif pembangunan usahawan Bumiputera, bagi memastikan setiap usaha dilaksanakan secara berfokus, saling melengkapi, dan memanfaatkan kekuatan masing-masing.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata perkara itu ditekankan ketika menerima kunjungan hormat Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) Nasional, Mohd Azamanizam Baharon, bersama delegasi di Putrajaya, hari ini.

“Dalam pertemuan ini, saya menegaskan rasional dan ketetapan kerajaan berhubung agenda pembangunan Bumiputera yang perlu difahami serta dihayati oleh semua persatuan, termasuk PERDASAMA.

“Kerajaan menyambut baik cadangan inisiatif yang diutarakan PERDASAMA, dan saya yakin kerjasama strategik ini akan memberi impak lebih besar dalam memperkukuh ekosistem perniagaan Bumiputera, di samping memperluas peluang ekonomi negara,” katanya.

Anwar turut mengakui PERDASAMA, yang menghimpunkan 27,263 syarikat Bumiputera, telah memainkan peranan penting dalam menggembleng tenaga, kepakaran, dan jaringan dalam kalangan ahlinya.

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved