PM Anwar terima kunjungan hormat Rais Republik Tatarstan

LocalPolitics
14 Aug 2024 • 10:20 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Rais Republik Tatarstan Rustam Minnikhanov. Foto FB Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Rais (Ketua) Republik Tatarstan, Rustam Minnikhanov, semalam.

Menerusi catatan dalam Facebook hari ini, Anwar berkata, pertemuan berkenaan berlangsung di Perdana Putra, Putrajaya bersempena dengan lawatan kerja dua hari Minnikhanov ke Malaysia.

"Kami berbicara panjang seputar usaha memperkukuh hubungan dua hala antara Rusia dengan dunia Islam, khususnya membabitkan negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

"Perbincangan kami turut menyentuh penyertaan Malaysia ke dalam gabungan BRICS (Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan). Saya menegaskan komitmen Malaysia untuk menyertai gabungan ini, sepertimana yang telah dinyatakan kepada Rusia sebelum ini,” katanya.

Perdana Menteri berkata, pertemuan itu juga digunakan untuk meneroka potensi memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang terutamanya dalam sektor halal, selain usaha memperkukuh kerjasama dalam bidang pendidikan.

Republik Tatarstan ialah sebuah wilayah majoriti Islam dalam Persekutuan Rusia. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved