PM Anwar terkejut khabar angin KJ akan kembali ke kabinet -“Siapa beritahu?”

LocalPolitics
12 Nov 2025 • 3:46 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa terkejut selepas mendengar khabar angin kononnya bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bakal kembali menyertai Kabinet pimpinannya tidak lama lagi.

image is not available

PM tanya siapa beritahu khabar angin ni?

Memetik laporan daripada Utusan Malaysia, Anwar seakan terkejut sewaktu ditanya pihak media selepas menghadiri program Simposium Pembangunan dan Anugerah Pembangunan Negara 2025

“Ye ke, siapa beritahu?,” balasnya ringkas sambil tersenyum.

image is not available

Khabar angin bertebaran susulan dakwaan ada rombakan kabinet

Sebelum ini, media melaporkan kemungkinan rombakan Kabinet akan diumumkan awal Disember susulan kekosongan beberapa jawatan menteri.

Antara nama yang dikaitkan termasuk Khairy yang disebut-sebut bakal dilantik sebagai Menteri Alam Sekitar dan Air, manakala Datuk Seri Johari Abdul Ghani dijangka menerajui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

image is not available

Artikel lain: Fahmi Fadzil sahkan status Tengku Zafrul di MITI, akan ada 3 kekosongan jawatan menteri

Terdahulu, jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan terdapat tiga kekosongan jawatan menteri termasuklah jawatan yang dipegang oleh Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika ini memandangkan tempoh perkhidmatan sebagai senator tamat pada hujung tahun ini.

Sumber: Utusan Malaysia (Mohd Husni Mohd Noor)