PM Anwar ucap selamat kembali ke sekolah kepada pelajar dan ibu bapa

LocalFamily & Parenting
12 Jan 2026 • 11:01 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat kembali ke sekolah untuk sesi 2026, mengingatkan ibu bapa iringi anak dengan doa dan teladan.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua pelajar khususnya murid Tahun 1 sempena pembukaan sesi persekolahan baharu 2026.

Beliau menyampaikan ucapan itu menerusi hantaran di laman Facebooknya hari ini.

Anwar turut mengingatkan ibu bapa untuk mengiringi perjalanan pendidikan anak masing-masing dengan doa dan teladan yang baik.

“Selamat kembali ke sekolah buat anak-anak, khususnya murid Tahun 1 yang memulakan langkah pertama ke alam persekolahan bersama cita-cita dan harapan,” katanya.

“Buat ibu bapa, iringlah perjalanan anak-anak dengan doa dan teladan yang baik.”

Beliau berharap setiap ilmu dan nilai yang dipelajari membentuk mereka menjadi insan berakhlak, berilmu dan menyumbang kepada masa depan negara.

Kalendar akademik bagi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan kembali bermula pada bulan Januari tahun ini.

Peralihan ini berlaku selepas berlaku perubahan sejak 2022 susulan pandemik COVID-19.

Sesi persekolahan bagi Kumpulan B bermula hari ini melibatkan Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Manakala sesi bagi Kumpulan A iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu telah bermula semalam.