PM Anwar ucap tahniah kepada Srettha Thavisin dilantik sebagai Perdana Menteri Thailand baharu

Politics
24 Aug 2023 • 9:46 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

PM Anwar ucap tahniah kepada Srettha Thavisin dilantik sebagai Perdana Menteri Thailand baharu

zulfadli

24/08/2023 - 09:46

KUALA LUMPUR 24 Ogos - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada taikun hartanah, Srettha Thavisin atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Thailand yang baharu.

Anwar berkata, beliau turut mengundang Srettha ke negara ini dalam masa terdekat bagi memperkukuh hubungan antara Malaysia dan Thailand di pelbagai bidang.

"Semoga hubungan Malaysia dan Thailand akan terus diperkukuh demi manfaat bersama," katanya dalam hantaran di laman Facebook yang turut memuat naik video memaparkan perbualan beliau dengan Srettha, semalam.

Menerusi video itu, Srettha turut menzahirkan harapan untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Thailand serta berharap untuk bertemu dengan Anwar dalam masa terdekat.

Semalam, Srettha, 60, dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand yang baharu sekali gus menyaksikan buat julung kalinya, jawatan itu disandang oleh rakyat biasa dalam tempoh lebih sembilan tahun, lapor Bernama.

image is not available
Srettha Thavisin dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand yang baharu. - Gambar Parti Pheu Tai

Pemilihan itu juga menamatkan kemelut politik yang mencengkam Thailand sejak tiga bulan lepas dan membuka laluan kepada pembentukan kerajaan campuran baharu. - DagangNews.com