PM Anwar ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Daim

LocalPolitics
13 Nov 2024 • 3:59 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin atas pemergian bekas Menteri Kewangan itu, yang meninggal dunia pagi tadi.

Beliau berkata kerajaan mengiktiraf jasa dan sumbangan Allahyarham kepada negara terutama semasa menjadi Menteri Kewangan.

“Terima perkhabaran pemergian Tun Daim Zainuddin setibanya di Lima, Peru. Salam takziah buat keluarga Allahyarham,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Allahyarham Daim, 86, meninggal dunia pada 8.21 pagi ini Hospital Assunta, Petaling Jaya, ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara 1 selepas Asar ini.

Daim memegang jawatan Menteri Kewangan dari 1984 hingga 1991, dan kali kedua pada 1999-2001.