PM Anwar umum pelepasan khas cukai RM1,000 galak rakyat bercuti dalam negara

LocalTravel
14 Oct 2025 • 1:05 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan pelepasan khas cukai pendapatan individu hingga RM1,000 bagi menggalakkan rakyat bercuti dalam negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).

image is not available

Pelepasan khas cukai rancakkan pelancongan domestik

Memetik laporan daripada Bernama, Anwar menyatakan langkah itu bukan sekadar merancakkan sektor pelancongan domestik, malah mampu menjana ekonomi masyarakat setempat di seluruh negara.

“Disebabkan mengukuhnya ringgit, ada juga masalah sampingannya apabila semakin ramai rakyat Malaysia melancong ke luar negara seperti Thailand, Jepun dan Indonesia.
“Justeru, kita menambah langkah untuk menarik pelancongan domestik dengan memberikan pengecualian cukai RM1,000 untuk dibelanjakan di dalam negara,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

image is not available

Pelepasan khas cukai mampu jana ekonomi negara

Beliau menjawab soalan tambahan Jimmy Puah Wee Tse (PH–Tebrau) berhubung laporan bahawa hampir 200,000 rakyat Malaysia melancong ke Thailand dan membelanjakan sekitar RM50 juta di sana baru-baru ini.

image is not available

Anwar menegaskan, usaha itu antara langkah menyeimbangkan semula trend pelancongan keluar negara yang meningkat berikutan pengukuhan nilai ringgit, di samping menyokong kempen TMM2026 yang menyasarkan lonjakan pelancong domestik.

Sumber: Bernama